Ahad, 25 Ogos 2013

NAMEWEE BUAT HAL LAGI ! MELAYU KENA KENCING !
Anda baca artike di bawah :
Namawee buat hal lagi.

Mereka mendakwa Namawee sengaja mencetuskan kemarahan orang Melayu apabila menyelitkan adegan orang Cina (lakonan Namawee) kencing tepi jalan dan terkena sepasang orang Melayu yang menunggang motosikal.
Semasa adegan ini, seluruh panggung bergegar dengan gelak ketawa. Katanya, memanglah adegan lawak tapi pedihnya sampai ulu hati. Apa lagi majoriti penonton itu bukan Melayu.
Ada orang mempersoalkan kenapa Lembaga Penapis Filem (LPF) tidak memotong adegan itu? Kata mereka adegan itu dianggap menghina orang Melayu dan boleh mencetuskan sentimen perkauman.

Ceq belum menonton filem Kara King arahan Namawee ini. Tapi kalau benar ada adegan seperti yang didakwa, ceq tidak menyalahkan LPF. Malah berterima kasih kepada LPF kerana mendedahkan satu lagi sikap buruk budak Cina bernama Namawee ini.

Ceq berfikiran positif apabila LPF melepaskan adegan itu. Sekiranya LPF memotong adegan itu, sudah tentu sesetengah pihak tidak tahu perangai sebenar Namawee yang selalu membuat provokasi terhadap orang Melayu. Malah kalau LPF memotong adegan kencing ini, kita pun suka menonton Kara King padahal pengarahnya mahu menghina orang Melayu. Mahukah kita menipu hakikat itu?

Kita jangan sama sekali menyalahkan LPF. Yang patut disalahkan adalah pengarah filem ini kerana menyelitkan adegan yang membawa maksud menghina terhadap orang Melayu. Kita tidak mahu kerja LPF hanya “membersihkan" filem yang kotor supaya hanya kelihatan “bersih".

Sampai bila kita mahu menipu diri sendiri kononnya tidak ada penghinaan terhadap orang Melayu oleh sesetengah pengarah bukan Melayu? Sudah sampai masanya kita terima hakikat dan berfikir bagaimana untuk mengatasinya.

Memanglah kerja mudah menyalahkan LPF. Dan LPF pula tak ada kuasa untuk mempertahankan diri terhadap gelagat buruk sesetengah pengarah filem. Tapi menyalahkan LPF hanya tolong “menyapu bawah karpet" sentimen yang menjadi barah dalam perpaduan antara kaum di negara ini.

Ceq harap penonton Melayu menonton dan nilaikan sendiri kalau benar wujud adegan yang didakwa itu. Tapi jangan kecewa kalau selepas ini Namawee terus kebal daripada tindakan undang-undang.

Bayangkan, apa yang tidak dicerca Namawee dalam Youtube terhadap kerajaan dan orang Melayu. Siap meludah lagi bila mempertahankan filem Cina, The New Village yang sekarang digantung sementara dari tayangan.

Artikel Penuh : http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130825/re_11/Melayu-kena-kencing#ixzz2cwweMzPA
    Semua individu yang disenarai hitamkan atau mempunyai saman yang tertunggak boleh dikenakan tindakan''LESEN MEMANDU DIBATALKAN'' Sistem itu perlu dilaksanakan agar kesemua pemandu yang bermasalah mengambil iktibar dan membayar denda atas kesalahan yang mereka lakukan atas jalan raya. Pemandu atau penunggang yang mempunyai banyak saman kebiasaanya kerap melakukan kesalahan jalan raya dan boleh membahayakan nyawa pemandu yang lain.
Perkara ini turut diumumkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid kepada media baru-baru ini. Pada masa yang sama, sistem itu juga boleh mengurangkan kadar kemalangan maut dinegara ini akibat kecuaian pemandu.
       Tetapi adakah kerajaan akan akan mempertimbangkan tindakan ini yang jelas akan menyusahkan rakyat yang tidak berkemampuan atau mempunyai sebab-sebab yang munasabah...tetapi kalau dikirakan ''MEMBAHAYAKAN NYAWA PEMANDU DAN BOLEH MENGURANGKAN KEMALANGAN KADAR KEMALANGAN MAUT'' ianya tidak munasabah atau logik untuk membatalkan lesen si pemandu,.kerana ini adalah CONTOH ketidak logikan tersebut:

  1. cukai jalan tamat tempoh
  2. penukaran alamat dimana surat saman tidak sampai
  3. keluarga besar kenderaan kecil  bagi keluarga yang tidak mampu (muatan penumpang berlebihan)
  4. pengeluaran asap berlebihan (enjin kereta bermasalah)
  5. parking ditempat yang tidak cukup ruang parking dan terpaksa parking diceruk-ceruk jalan (kecuali jalan besar dan jalan utama)
  6. kenderaan yang mengeluarkan bunyi yang bising drpd pengunaan exzos yang diubah suai..
  7. gagal meletakkan pelekat L@P ..dan banyak lagi
 ''JADI PADA PEMIKIRAN ANDA ADAKAH KESALAHAN-KESALAHAN DIATAS INI BOLEH MEMBAHAYAKAN PEMANDU LAIN DAN MENGURANGKAN KEMALANGAN MAUT'' pastinya TIDAKKAN..JADI HARAP PIHAK BERWAJIB DAPAT MEMPERTIMBANGKAN PEMBATALAN TERSEBUT YANG JELAS-JELAS MENYUSAHKAN ORANG RAMAI'' walaupun hakikatnya ia untuk kebaikan tetapi janganlah sampai menyusahkan RAKYAT lebih-lebih lagi mereka yang bergaji kecil dan kurang kemampuan.Harap kerajaan berfikiran Rasional sebelum mengambil tindakan yang mungkin sedikit sebanyak akan mengecewakan hati rakyat DAN menyusahkan mereka yang berpendapatan rendah yang perlu menyara keluarga dengan [pendapatan yang kecil]



''JADI DIHARAP KERAJAAN DAPAT MEMPERTIMBANGKAN DAN MENDENGAR LUAHAN HATI RAKYAT SEBELUM MENGAMBIL TINDAKAN YANG PASTI MENGECEWAKAN RAKYAT DAN MENDATANGKAN KESULITAN PADA MEREKA YANG BERPENDAPATAN RENDAH''

''BEFIKIRAN RASIONAL DAN MENGAMBIL PANDANGAN SEMUA PIHAK TERMASUK RAKYAT ADALAH JALAN YANG TERBAIK SEBELUM MENGAMBIL TINDAKAN KERANA RAKYAT SENTIASA MELIHAT ADAKAH KERAJAAN ITU MASIH PERIHATIN ATAU SEBALIKNYA.''

 http://pejuangmayacom.blogspot.com/2013/08/semua-individu-yang-disenarai-hitamkan.html#links


   

Sabtu, 24 Ogos 2013

Inikah Cara Pemimpin Kita Berfikir

    Menteri Pertahanan Dato Sri Hissamudin mengeluarkan kenyataan dimana kumpulan lelaki penceroboh yang datang membawa senjata dilahad datu baru-baru ini klasifikasikan bukanlah ''PENGGANAS''..malah penceroboh bersenjata ini pula diminta untuk berpatah balik kesulu agar tiada nyawa yang akan terkorban...pelik aku dengan kenyataan Menteri Sekor ni.,tak kan masih membawa tradisi sebagai Menteri Amaran yang hanya tahu membawa keris dan hanya tahu mencium keris tapi malangnya tidak tahu apakah erti keris itu sendiri..Dimana seolah-olah nyawa para pahlawan yang terkorban sebelum ini lansung tiada nilai,..adakah perlu kita tunduk kepada ''PENGANAS YANG PERNAH MENITISKAN DARAH PAHLAWAN KITA''..wahai pak Menteri Fikir-fikirkanlah.


        Tetapi Kes kemalangan yang berlaku diGenting Hinglands pesalahnya pulak akan dicari sampai kelubang cacing..padahal pesalah itu belum tentu akan memporak-perandakan negara..dan yang pasti kemalangan itu bukanlah kehendak diapun,benda nak jadi nak buat macam mana kan..akai ada takmo fikir yang mana satu bahaya dan yang mana satu tidak bahaya..kalau terus begini tak mustahil para musuh akan lebih mudah mencari ruang untuk menjahanamkan negara Malaysia ini..jadi wahai pak Menteri Fikiran tu biarlah kedepan dan rasional,bukan main ''TANGKAP MUAT JE''bila bagi kenyataan tu...


    ''ANDA BOLEH FIKIR SENDIRI ADAKAH YANG AKU KETENGAHKAN INI SALAH''


http://pejuangmayacom.blogspot.com/2013/08/inikah-cara-pemimpin-kita-berfikir.html#links
Puak-Puak Samseng 04 dan 08 Cari Penyakit


Lebih 20 samseng dipercayai anggota geng kongsi gelap 04 atau 08 bertindak biadab dan ganas apabila mengepung serta menyerang empat anggota polis yang melakukan rondaan cegah jenayah di Mengelembu, menyebabkan seorang anggota polis terpaksa melepaskan tiga das tembakan amaran ke udara, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 1.15 pagi itu, polis melepaskan tembakan amaran itu selepas suspek menyerang anggota polis menggunakan kapak, pedang samurai dan parang.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, anggotanya nyaris dicederakan kumpulan samseng berkenaan yang dipercayai sedang bertempur satu sama lain untuk membalas dendam kematian ahli kumpulan mereka di Batu Gajah, Selasa lalu.

Menurutnya, kejadian berlaku selepas anggota polis mendapat maklumat berhubung pergaduhan bakal tercetus antara dua kumpulan samseng di kawasan Jalan Perusahaan Mengelembu 13, di sini.

"Empat anggota polis berpakaian biasa bergegas ke lokasi kejadian dengan sebuah kereta Proton Waja.

"Sebaik sampai di kawasan itu, polis mendapati antara 20 hingga 25 lelaki menaiki motosikal berkumpul sambil membawa parang dan pelbagai senjata tajam lain," katanya.

Menurutnya, kumpulan samseng itu terus menyerang anggota dan kenderaan polis walaupun diberi amaran supaya beredar.

"Dalam keadaan cemas itu, seorang anggota melepaskan tiga das tembakan ke udara bagi menyuraikan kumpulan samseng terbabit daripada terus menyerang mereka.

"Serangan itu menyebabkan bahagian cermin hadapan kereta polis pecah selain pintu kereta kemek dipercayai ditetak dengan parang atau kapak. Semua suspek kemudian melarikan diri," katanya.

Susulan itu, polis mengadakan operasi memburu penjenayah dan menahan enam lelaki dipercayai ahli Geng 08 berusia antara 20-an hingga 30-an beberapa jam selepas kejadian.

"Hasil tangkapan pertama itu, polis turut merampas 23 parang panjang dan satu pedang samurai.

"Polis kemudian memberkas dua lagi lelaki berusia 23 dan 24 tahun di Taman Kledang dan Bandar Baru Mengelembu di sini, antara jam 2 pagi hingga 3 pagi semalam," katanya.

Siasatan polis mendapati empat daripada lapan suspek ditahan itu pernah mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah.

Shukri berkata, polis kini memburu tujuh lagi suspek utama dikenali sebagai V Vigneswaran Naidu atau Vicky, 31, Prabagaran Monosamay, 25, Sarat Babu Suseelan, 27, Thangasamy Adakkalam, 40, Viknesvaran Subramaniam, 29, Jayakumar Subramin, 31 dan Prakash Thavatas, 26. "Semua suspek yang diburu itu berasal dari Ipoh, Perak dan polis meminta orang ramai menyalurkan maklumat jika mengetahui di mana suspek berada kini," katanya. Menurutnya, pergaduhan antara dua kumpulan samseng ini mungkin tercetus apabila salah seorang ahli geng O8 berusia 20 tahun diserang di hadapan rumahnya di Mengelembu, malam Selasa lalu.

"Serangan itu dipercayai dilakukan Geng 04 Mengelembu yang didakwa menetak, menculik dan membuang mayat mangsa di tepi jalan berhampiran kawasan Batu Gajah, di sini," katanya.

 http://pejuangmayacom.blogspot.com/
TERKINI: JAMAL ABDILLAH TAWAN DATARAN JITRA MALAM NI..!!! #HariKoperasi2013


Ekceli, dari zaman aku sekolah lagi aku dah minat pada lagu-lagu dan suara Jamal Abdillah. Suara dia memang superbbbb..!!!

Aku tau Jamal pernah menagih dan aku pun takde la minat bila sentuh bab dadah tu..Aku hanya minat kat suara dia.. suara emas!

Cuma bila sentuh bab artis dan hiburan ni, aku takde la fanatik. Minat gitu-gitu jer.. tapi teringin la jugak nak tengok konsert dia tu...

Nak beli tiket konsert Jamal? Aku takde duit..mahal bro.. aku tak mampu..

Tapi kebetulan malam ni, Hari Koperasi Peringkat Kebangsaan 2013 ada jemput Jamal buat persembahan di Dataran Jitra.

Yang bestnya, Jamal buat show pada lebih kurang jam 9 malam ni! Lepas waktu Isyak.. so boleh la aku pegi.. heh!

Korang camana? Jom la