Semua individu yang disenarai hitamkan atau mempunyai saman yang tertunggak
boleh dikenakan tindakan''LESEN MEMANDU DIBATALKAN'' Sistem itu perlu dilaksanakan agar
kesemua pemandu yang bermasalah mengambil iktibar dan membayar denda
atas kesalahan yang mereka lakukan atas jalan raya. Pemandu atau
penunggang yang mempunyai banyak saman kebiasaanya kerap melakukan kesalahan jalan raya dan boleh membahayakan nyawa pemandu yang lain.
Perkara ini turut diumumkan oleh Ketua Polis
Negara, Tan Sri Khalid kepada media baru-baru ini. Pada masa yang sama,
sistem itu juga boleh mengurangkan kadar kemalangan maut dinegara ini
akibat kecuaian pemandu.
Tetapi adakah kerajaan akan akan mempertimbangkan tindakan ini yang jelas akan menyusahkan rakyat yang tidak berkemampuan atau mempunyai sebab-sebab yang munasabah...tetapi kalau dikirakan ''MEMBAHAYAKAN NYAWA PEMANDU DAN BOLEH MENGURANGKAN KEMALANGAN KADAR KEMALANGAN MAUT'' ianya tidak munasabah atau logik untuk membatalkan lesen si pemandu,.kerana ini adalah CONTOH ketidak logikan tersebut:
- cukai jalan tamat tempoh
- penukaran alamat dimana surat saman tidak sampai
- keluarga besar kenderaan kecil bagi keluarga yang tidak mampu (muatan penumpang berlebihan)
- pengeluaran asap berlebihan (enjin kereta bermasalah)
- parking ditempat yang tidak cukup ruang parking dan terpaksa parking diceruk-ceruk jalan (kecuali jalan besar dan jalan utama)
- kenderaan yang mengeluarkan bunyi yang bising drpd pengunaan exzos yang diubah suai..
- gagal meletakkan pelekat L@P ..dan banyak lagi
''JADI DIHARAP KERAJAAN DAPAT MEMPERTIMBANGKAN DAN MENDENGAR LUAHAN HATI RAKYAT SEBELUM MENGAMBIL TINDAKAN YANG PASTI MENGECEWAKAN RAKYAT DAN MENDATANGKAN KESULITAN PADA MEREKA YANG BERPENDAPATAN RENDAH''
''BEFIKIRAN RASIONAL DAN MENGAMBIL PANDANGAN SEMUA PIHAK TERMASUK RAKYAT ADALAH JALAN YANG TERBAIK SEBELUM MENGAMBIL TINDAKAN KERANA RAKYAT SENTIASA MELIHAT ADAKAH KERAJAAN ITU MASIH PERIHATIN ATAU SEBALIKNYA.''
http://pejuangmayacom.blogspot.com/2013/08/semua-individu-yang-disenarai-hitamkan.html#links
Tiada ulasan:
Catat Ulasan