Selasa, 3 September 2013

Boleh Percayakah Amaran Dan Kawalan Kenaikan Harga Barang
Bila kerajaan bertindak mengumumkan penarikan subsidi minyak, macam biasa mesti ada Amaran Untuk Peniaga Menaikan Harga Barang. Kita sedar tindakan mengurang subsidi diputuskan, setelah kerajaan membuat penelitian berdasarkan

Berapa % untuk senario terburuk?
Berapa % untuk senario terbaik?
Sektor mana yang akan alami pertumbuhan terbantut atas sebab 'adjustment'?
Berapa lama jangkamasa yang diperlukan untuk 'adjustment' sebelum sektor tersebut mula mendapat 'faedah' dari inflasi?
Berapa nilai (RM) aktiviti ekonomi yang terpaksa 'dikorbankan' agar pertumbuhan ekonomi dapat dirangsangkan? Disektor manakah aktiviti ekonomi ini?
Berapa % kadar pengangguran akan meningkat/turun?

Dari berberapa faktor, kadang-kadang rakyat perlu akur dengan situasi semasa dan menerima kenyataan kenaikan ini.

Kemudiannya seperti biasa disusuli dengan Amaran keras kepada peniaga demi membendung kenaikan barang. PERSOALANNYA: Berdasarkan sejarah-sejarah kenaikan harga atau pengurangan subsidi yang lampau, Pernahkah amaran seperti ini memberi keputusan positif atau hanya sekadar melepas batuk ditepi tangga?

Kemudiannya sejauh manakah amaran larangan ini, merangkumi senarai barangan yang dimaksudkan? ADAKAH SEKADAR UNTUK BARANGAN KAWALAN?

Kemudiannya lagi, adakah ini satu tindakan berpanjangan atau sekadar meredakan keadaan?

Kerajaan dan Perdana Menteri berhak membuat keputusan untuk memastikan keadaan keewangan negara dan itu wajib. Tetapi bolehkah diimbangkan dengan perancangan yang mengurangkan bebanan rakyat. Kalau tidak, tak gunalah kenaikan dan penetapan gaji pokok sebelum ini jika nilai kenaikan gagal melepasi kenaikan barangan dan perkhidmatan. SESUNGUHNYA NILAI RM100 SEKARANG AMATLAH RENDAH.

Adakah ini hasil tindakan ini mencerminkan kejayaan pemerintahan Barisan Nasional dimata rakyat? YANG KAMI PINTA JADILAH PEMERINTAH YANG BIJAK YANG MAMPU MENGAWAL SETIAP SUDUT.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan